Khamis, 20 September 2018

Pengeditan Imej


Pengeditan Imej

Pengeditan gambar mengggunakan GIMP
Perisian GIMP atau dikenali juga sebagai GNU Image Manipulation Program merupakan salah satu perisian sumber terbuka yang diberikan secara percuma melalui General Public License (GPL).
-Perisian GIMP mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sama dengan perisian pemprosesan imej berbayar untuk melaksanakan sesuatu tugasan seperti mengubah suai foto, memanipulasi imej, dan membentuk imej.
-Hasil akhir tugasan boleh disimpan dalam pelbagai jenis format fail seperti bmp, gif,jpeg, mng, pcx, pdf, png, ps, psd, svg, tiff, tga, xpm dan lain-lain lagi.
Memulakan Perisian GIMP
Perisian GIMP boleh dimulakan dengan klik pada butang Start > All Programs > GIMP.Tetingkap utama kan dipaparkan.
Paparan tetingkap akan menunjukkan aturan bahagian-bahagian asas yang ada dalam Perisisan GIMP iaitu,
1. Main Toolbox
Mengandungi butang-butang ikon peralatan yang boleh digunakan untuk kerja-kerja melukis, mewarna dan mengedit imej. Sekiranya hendak menambah item peralatan, klik pada Edit > Preferences > Toolbox dan buat pilihan item yang hendak digunakan.
 2. Tool Options
Menunjukkan fungsi-fungsi yang lain bagi setiap peralatan yang dipilih.
3. Image Window
Setiap imej akan dipaparkan pada tetingkap yang berlainan dan boleh dibuka pada masa yang sama.
4. Layer, Channels, Paths
Menunjukkan struktur layer bagi sesuatu imej yang sedang diaktifkan dan membenarkan imej tersebut dimanipulasikan menggunakan pelbagai teknik.
5. Brushes. Patterns, Gradients
Menunjukkan susunan tab untuk menguruskan dan memilih jenis brushes, patterns dan gradients.

TIPS
-Tetingkap imej akan ada apabila kita memilih File > New daripada menu bar.
-Apabila ikon Tool diklik, ruangan pilihan akan dipaparkan pada tetingkap disebelah bawah.

B. Fungsi Setiap Ikon Toolbox
Terdapat tiga puluh empat peralatan pengeditan yang boleh digunakan dalam perisian GIMP.
No.
Alat
Fungsi
1.
Rectangle Select Tool
Bina kawasan pilihan pada imej berbentuk segi empat
2.
Ellipse Select Tool
Bina kawasan pilihan imej berbentuk elips
3.
Free Select Tool
Bina kawasan pilihan pada imej yang berbentuk tidak khusus
4.
Fuzzy Select Tool
Bina kawasan pilihan pada imej secara berdampingan berasaskan warna yang dipilih
5.
Select by Color Tool
Pilih kawasan imej yang mempunyai warna yang sama
6.
Scissors Select Tool
Pilih bentuk mengikut tepi imej secara pintar
7.
Foreground Select Tool
Pilih kawasan yang mengandungi objek pada latar depan
8.
Paths Tool
Bina dan edit laluan
9.
Color Picker Tool
Pilih warna daripada piksel sesuatu imej
10.
Zoom Tool
Besarkan paparan untuk melihat imej dengan lebih terperinci
11.
Measure Tool
Ukur jarak dan sudut pandangan
12.
Move Tool
Pilih dan alihkan objek
13.
Alignment Tool
Laras atau susun layers dan objek-objek
14.
Crop Tool
Potong bahagian tertentu pada imej yang dipilih
15.
Rotate Tool
Putar imej yang telah dipilih
16.
Scale Tool
Besarkan atau kecilkan skala imej yang dipilih
17.
Shear Tool
Shear imej yang dipilih
18.
Perspective Tool
Ubah imej kepada pandangan perspektif (pandangan tirus)
19.
Flip Tool
Membalikkan imej yang dipilih secara horizontal atau vertical
20.
Text Tool
Mencipta dan mengedit teks
21.
Bucket Fill Tool
Mengisi kawasan yang dipilih dengan warna atau corak
22.
Blend Tool
Mengisi kawasan yang dipilih dengan gradient color
23.
Pencil Tool
Melukis bahagian tepi
24.
Paintbrush Tool
Melukis garisan lurus, melengkung dan bulat
25.
Eraser Tool
Memadam bahagian-bahagian yang tidak dikehendaki pada imej iaitu boleh memadam warna latar belakang dan piksel imej
26.
Airbrush Tool
Melukis menggunakan berus
27.
Ink Tool
Melukis pelbagai gaya kaligrafi
28.
Clone Tool
Menyalin imej atau corak yang dipilih menggunakan berus
29.
Healing Tool
Membaiki ketaksekataan pada imej dan membolehkan penyeragamab tekstur, pencahayaan serta baying-bayang
30.
Perspective Clone Tool
Menyalin daripada sumber imej selepas mengubah imej kepada pandangan perspektif
31.
Blur/Sharpen Tool
Blur Tool Mengaburkan imej menggunakan berus
Sharpen Tool: Menjelaskan bahagian tertentu pada imej
32.
Smudge Tool
Memberi kesan seperti menggosokkan jari pada cat atau warna yang basah pada imej yang dipilih
33.
Dodge/Burn Tool
Dodge Tool: Mencerahkan bahagian-bahagian tertentu pada imej
Burn Tool: Menggelapkan bahagian-bahagian tertentu pada imej
34.
Foreground & Background Color
Warna latar hadapan ialah warna yang digunakan untuk menaip teks, melukis garis, boleh diset apabila membuka fail baharu

C. Asas Pengeditan Imej
Teknik ini akan menunjukkan cara menggunakna Selection Tools dalam mengedit imej. Antara Selection Tools yang boleh digunakan ialah Rectangle Select Tool, Ellipse Select Tool, Free Select Tool dan Scissor Select Tool. Langkah,
1. Klik pada menu File > Open Untuk mencari direktori gambar yang telah disimpan.
2. Tetingkap “Open Image” akan dipaparkan dan anda boleh memilih gambar yang dikehendaki dan klik butang Open.
3. Gambar yang dipilih akan dipaparkan pada tetingkap yang lain dan proses mengedit boleh dilakukan.
4. Pilih Scissors Select Tool pada Toolbox. Klik dan tandakan pada kotak antialiasing dan feather edges. Gunakan tetikus dan klik di sekeliling imej yang hendak digunting secara berterusan.
5. Setelah selesai, tekan enter pada papan kekunci. Keseluruhan imej yang telah ditandakan tadi akan dipilih.
6. Klik pada menu Edit > Copy untuk menyalin imej yang telah dipilih.
7. Klik pada menu File > New. Tetingkap untuk meletakkan imej akan dibuka. Setkan saiz imej 500 × 440 dalam piksel. Pilih ikon bentuk landscape supaya imej yang hendak disalin tadi dapat diletakkan dalam keadaan melintang. Kemudian klik butang OK.
8. Sebelum anda menampal imej yang disalin, pastikan anda telah menambah layer baharu. Kemudian klik pada menu Edit > Paste. Sekiranya imej yang ditampalkan terlalu besar, imej tersebut boleh diubah saiznya menggunakan Scale Tool.
9. Pilih Scale Tool pada Toolbox dan ubah saiz imej tersebut. Kemudian tekan butang Scale.
10. Imej boleh digerakkan dengan menggunakan Move Tool yang ada dalam Toolbox.
11. Setelah selesai, klik pada menu File > Save As > letakkan nama fail tersebut. Fail format .xcf merupakan fail format bagi Perisian GIMP agar imej tersebut boleh diedit dan disunting semula.
D. Memasukkan latar belakang
Pelbagai cara boleh digunakan untuk meletakkan latar belakang pada imej yang telah diedit. Teknik yang boleh digunakan untuk meletakkan latar belakang ialah menggunakan Bucket Fill, Gradient Effects atau Pattern Fill.
Langkah:
1. Buka semula fail dengan klik pada menu File > Open da pilih (tajuk fail.xcf) > Open.
2. Sebelum memasukkan latar belakang menggunakan Bucket Fill, Gradient Effects atau Pattern Fill, pastikan layer background dipilih terlebih dahulu.
3. Pilih Bucket Fill Tool dalam Toolbox. Pastikan klik FG clor Fill pada bahagian Fill Type. Kemudian, Klik Foreground & Background Color dalam Toolbox, tetingkap untuk memilih warna akan dipaparkan. Pilih warna latar belakang yang dikehendaki dengan menggerakkan penanda warna dan klik butang OK.
4. Tuangkan warna yang telah dipilih dengan cara klik ke atas latar belakang pada tetingkap imej.
5. Sekiranya hendak menggunakan teknit Gradient Fill, pilih Blend Tool dalam Toolbox. Kemudian pada Gradient Option, pilih jenis gradient yang dikehendaki.
6. Dengan menggunakan tetikus tarik dari penjuru kanan ke bawah untuk mengaplikasikan latar belakang gradient.
7. Setelah selesai, simpan fail tersebut.

Penggunaan Teknik Filter
Teknik filter merupakan teknik untuk memberi kesan khas kepada grafik. Terdapat elbagai jenis filter yang boleh digunakan untuk memanipulasikan imej seperti artistic, map, distort, blur dan lain-lain lagi.
Langkah:
1. Klik pada layer yang hendak dimasukkan kesan khas.
2. KLik kanan pada imej. Pilih Filter > Artistic > Cartoon. Kotak dialog bagi kesan khas Cartoon akan dipaparkan. Penanda pada Mask radius dan Percent black boleh diubah mengikut kesesuaian. Kemudian klik butang OK untuk mengaplikasikan kesan khas tersebut.
3. Setelah selesai, simpan fail tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bab 5: Keselamatan Digital

Bab 5: Keselamatan Digital Risiko Keselamatan Digital 1. Risiko keselamatan digital adalah sebarang kejadian atau tindakan yang bol...