Microsoft Word
Microsoft Word adalah salah satu
daripada perisian pemprosesan perkataan. Perisian pemprosesan perkataan
merupakan perisian aplikasi yang paling popular dan banyak digunakan dalam
pekerjaan seharian. Ia melibatkan penggunaan computer dalam menyediakan dan
mengemaskini dokumen seperti surat, memo, laporan, kertas kerja, brosur dan
dokumen-dokumen yang lain.
Projek: Membina Surat Menggunakan Kaedah Mel Cantum
Kaedah mel cantum (mail merge) ini
sesuai digunakan apabila pengguna mempunyai surat yang ingin dihantar kepada lebih
daripada seorang penerima.
A. Membina Dokumen Utama
1. Buka fail (surat) anda dan padamkan
nama serta alamat penerima. Namakan fail kepada nama baru.
2. Projek ini melibatkan perubahan
pada nama dan alamat penerima sahaja. Klik Mailings > Start Mail Merge
>Step by Step Mail Merge Wizard.
B. Membina Senarai Penerima
1. Penggunaan Mail Merge Wizard
memudahkan senarai penerima dibina menggunakan fitur mel cantum yang dipaparkan
di sebelah kanan. Proses seterusnya memerlukan anda mengikuti langkah demi
langkah dengan betul. Pada Select document type, pilih Letters dan
klik Next: Starting document.
2. Memandangkan projek ini menggunakan
surat yang sedia ada, anda hanya perlu klik pada Use the current document dan
seterusnya klik pada Next: Select recipients.
3. Memandangkan senarai nama dan
alamat penerima masih belum ditaip, pilih Type a new list dan klik Create.
Kotak dialog New Address List akan dipaparkan.
4. Jadual dalam kotak dialog New
Adress List mengandungi banyak medan data. Memandangkan maklumat penerima
bagi surat ini hanya memerlukan medan data, anda boleh memilih medan data yang
diperlukan. Untuk tujuan modul ini, pilih Customize Colums dan pilih Field
Names yang tidak diperlukan. Hanya perlu Select > Delete. Setelah
selesai, klik OK. Medan data yang diperlukan adalah seperti jadual di
bawah.
#
|
First Name
|
Last Name
|
Adress Line 1
|
Adress Line 2
|
City
|
State
|
Zip Code
|
Country
|
Jadual
medan data
5. Anda memasukkan data-data nama dan
alamat penerima. Klik New Entry untuk memasukkan rekod seterusnya. Klik
OK apabila selesai.
6. Anda perlu simpan senarai ini
dengan menamakannya senarai penerima dan disimpan dalam folder.
7. Fail senarai penerima akan
disimpan menggunakan format Microsoft Access (.mdb) dan boleh diambil semula
untuk tujuan penambahan atau kemas kini rekod. Sekiranya senarai penerima telah
lama disediakan, pilih Use an existing list > Edit recipient list.
8. Contohnya, terdapat dua proses
kemas kini yang perlu dilakukan. Pertama, menambah rekod baharu. Kedua,
menyusun medan mengikut susunan betul.
i. Tambahan rekod baharu. Terdapat
satu rekod baharu. Hanya perlu pilih Use an existing list > Edit
recipient list. Pada kotak dialog Mail Merge Recipients, serlahkan senarai
penerima.mdb dan klik Edit. Pada kota dialog Edit Data Source pula,
klik New Entry dan masukkan data dalam jadual. Klik OK > OK >
OK.
ii. Menyusun medan mengikut susunan
betul. Jika diperhatikan maklumat penerima tidak disusun dengan betul. Pada
kotak dialog Edit Data Source pula, klik Customize Columns. Kotak
dialog Customize Adress List dipaparkan. Pilih nama medan yang ingin
diubah dan klik butang Move Up atau Move Down. Ubah kedudukan Zip
Code. Klik OK setelah selesai proses ini.
iii. Klik Select All untuk
menempatkan semua rekod ke atas surat yang telah ditaip dan klik OK.
Klik Next: Write your letter.
9. Memandangkan surat telah ditaip,
anda perlu plilih Adress Block. Kotak dialog Insert Adress Block dipaparkan.
10. Anda boleh mengubah dan mengedit
kedudukan paparan pada alamat penerima berdasarkan kehendak anda sendiri.
11. Klik OK dan kelihatan pada
{{AdressBlock}} dipaparkan di kedudukan yang betul pada surat yang
disediakan.
12. Klik Next: Preview your letters
untuk langkah seterusnya. Nama dan alamat penerima pertama dipaparkan.
13. Anda boleh melihat paparan bagi
rekod penerima seterusnya dengan menekan seterusnya. Klik Next: Complete the
merge jika telah selesai proses ini.
14. Seterusnya, anda boleh
melaksanakan proses mencetak surat. Klik Print jika mahu memulakan
proses ini atau Edit Individual letters sekiranya ada perubahan bagi
surat tertentu.
15. Tahniah! Anda telah berjaya
melakukan mel cantum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan