BLOG
Blog ialah singkatan untuk weblog,
merupakan suatu catatan atau jurnal peribadi yang terdapat di jaringan
Internet.
Blogging, kegiatan atau aktiviti untuk membuat dan
mengemas kini blog.
Blogger (blogawan), Individu yang melaksanakan tugas
untuk mengemas kini blog.
Kepentingan Blog
1) Seseorang dapat bertukar-tukar
maklumat tentang sesuatu perkara yang mereka tahu dan mendapat maklum balas
daripada ulasan-ulasan yamg diberikan oleh pembaca blog.
(catatan yang dilakukan dapat dikongsi
oleh sesiapa sahaja yang melawat ke blog tersebut)
2) Blog menjadi salah satu sumber
rujukan utama untuk mengetahui berita-berita semasa secara rasmi atau sebaliknya.
3) Ia juga menjadi medan atau tempat
untuk seseorang individu memperkenalkan diri dan juga produk mereka.
Menghasilkan Blog
Sendiri
Google Blogger dan WordPress telah
dipilih sebagai platform untuk penciptaan akaun blog kerana:
-mempunyai tahap keselamatan data yang
boleh dipercayai
-menawarkan perkhidmatan secara
percuma tanpa had simpanan data
-mempunyai fungsi editor yang mudah
untuk dikendalikan dan amat sesuai untuk seseorang blogawan baharu
Penciptaan Blog
Menggunakan Google Blogger
Google Blogger boleh dilayari melalui
dua URL (uniform resource locator) iaitu:
Google Blogger menyediakan tiga
langkah mudah untuk menghasilkan blog secara mudah dan cepat. Antara
langkah-langkah yang perlu diikuti ialah,
1. Menghasilkan akaun Blogger (akaun
google).
2. Menamakan blog.
3. Memilih templat yang sesuai untuk
blog.
A.
Langkah-langkah penciptaan Blog Baharu
1. Untuk menghasilkan blog
baru,langkah pertama yang perlu diambil ialah membuka laman web Google Blogger.
2. Untuk mencipta blog, sila klik pada
butang ‘Get started’.
3. Selepas butang tersebut diklik,
antara muka akan dipaparkan.
4. Pengguna yang telah mempunyai akaun
google, langkah untuk pendaftaran blog dipendekkkan iaitu anda hanya perlu
rakam masuk (sign in) ke akuan google. Manakala bagi pengguna yang masih
tidak mempunyai sebarang akaun dari perkhidmatan google, mereka perlu mengikuti
langkah-langkah seperti yang dipaparkan.
a. Alamat e-mel (Email address)
b. Taip semula alamat e-mel (Retype
email address)
c. Masukkan kata laluan (Create a
password)
d. Taip semula kata laluan (Retype
password)
e. Papar nama (Display name)
f. Jantina (Gender)
g. Tarikh lahir (Birthday)
h. Pengesahan perkataan (Word
verification)
i. Penerimaan terma syarat (Acceptance
on terms)
5. Setelah semua maklumat diisi, anda
perlu klik pada butang ‘teruskan’ untuk melakukan langkah seterusnya.
6. Apabila butang ‘teruskan’ telah
diklik, antara muka untuk memberikan nama kepada blog.
a. Tajuk blog (Blog title)
b. Alamat blog (URL) (Blog
address (URL))
c. Pengesahan perkataan (Word
verification)
7. Setelah semua maklumat diisi, anda
perlu klik pada butang ‘teruskan’ untuk meneruskan ke langkah seterusnya.
8. Apabila butang ‘seterusnya’ telah
diklik, maka anda akan dipaparkan antara muka untuk memilih template yang
sesuai untuk blog yang dihasilkan.
9. Anda boleh memilih mana-mana
template mengikut citarasa masing-masing. Setelah template telah dipilih, sila
klik pada butang ‘teruskan’ untuk meneruskan ke langkah seterusnya.
10. Paparan akan dipaparkan apabila
anda menekan butang ‘teruskan’. Ini bermakna, blog anda telah berjaya
dihasilkan dan anda boleh memulakan aktiviti ‘blogging’ sekarang.
B. Memulakan
catatan baharu atau bahagian catatan
Untuk memulakan catatan baru, klik
pada pautan ‘Catatan Baharu’ (‘New Post’) yang terdapat pada hadapan papan
pemuka.
1. Tajuk (Title)
-Masukkan tajuk catatan baharu anda.
Ia akan dipaparkan pada bahagian atas setiap catatn
2. Senarai alatan mudah guna (Option
tools)
-Alatan bantuan yang dapat digunakan
untuk memudahkan anda membuat catatan.
3. Medan catatan
-Ruang untuk anda membuat catatan blog
4. Label
-Label catatan untuk catatan ini. Ia
digunakan untuk memudahkan pengasingan setiap catatan mengikut kategori. Ia
akan dianggap sebagai kata kunci untuk setiap catatan
5. Edit HTML
-Berfungsi bagi penambahan sebarang
kod HTML atau JavaScript. Kod-kod HTML dapat digunakan sebagai fungdi tambahan
yang mungkin tiada pada senarai alatan mudah guna yang disediakan oleh
blogger.com.
6. Butang ‘Terbitkan Catatan’ (Publish
Post)
-Klik butang ini untuk menerbitkan
catatan anda
7. Butang ‘Simpan Sekarang’ (‘Save
Now’)
-Butang ini berfungsi untuk menyimpan
catatan tanpa menerbitkannya. Catatan tidak akan disiarkan selagi ia tidak
diterbitkan. Fungsi simpan catatan juga dilakukan secara automatik oleh
blogger.com bagi mengelakkan kehilangan data semasa menghasilkan catatan.
C. Bahagian
Ulasan
Bahagian ulasan ini memberikan
maklumat tentang bahagian komen/ulasan yang akan dimasukkan oleh pembaca blog
anda. Google Blogger menyediakan perkhidmatan untuk menyemak alas an yang
dihantar, sama ada ia ulasan yang sah atau alasan yang dihantar oleh spam.
D. Bahagian
Tetapan
Terdapat 9 kategori tetapan yang boleh
dikemas kini oleh Pembina blog, iaitu:
Kategori Tetapan
|
Fungsi
|
Asas
|
Tetapan maklumat asas blog
|
Penerbitan
|
Tetapan untuk menerbitkan blog
|
Memformat
|
Tetapan untuk menukar format blog secara
keseluruhan
|
Ulasan
|
Tetapan untuk fungsi ulasan
|
Mengarkib
|
Tetapan untuk menyusun dan menyimpan catatan
|
Suapan Tapak
|
Tetapan untuk suapan (feed) blog
|
E-mel & Mudah Alih
|
Tetapan
untuk mengirim catatan melalui e-mel dan peranti mudah alih
|
OpenID
|
Tetapan akses terbuka
|
Kebenaran
|
Tetapan kebenaran mengakses blog
|
E. Bahagian Reka
Bentuk
Fungsi lain yang terdapat di dalam
Papan Pemuka ialah reka bentuk blog. Di dalam bahagian susun atur ini akan
mengandungi 3 pecahan tetapan utama seperti berikut:
1. Elemen laman (Page
elements)
Opsyen penyusunan reka letak laman dan
penambahan elemen baharu ke dalam blog.
2. Edit HTML
Mengubahsuai kod-kod HTML serta
meletakkan kod-kod HTML tambahan kepada template.
3. Pereka bentuk
template (Template design)
Memilih templat lalai yang disediakan
oleh Blogger.
F. Ruangan
Statistik
Fungsi terakhir ditawarkan oleh
Blogger ialah bahagian statistic. Ruangan ini membenarkan pemilik blog membuat
analisis secara statistic mengenai blog yang telah dibina. Ruang ini akan
memberikan statistic berkaitan gambaran keseluruhan, catatn, sumber trafik dan
khalayak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan