Khamis, 20 September 2018

Microsoft PowerPoint


Microsoft PowerPoint

Microsoft PowerPoint adalah perisian persembahan yang disediakan dalam pakej Microsoft Office. Perisian ini menyediakan ruang untuk pembinaan persembahan elektronik yang terdiri dari beberapa slaid. Persembahan elektronik biasanya digunakan untuk tujuan pembentangan seperti pembentangan seminar, pembentangan dalam kuliah oleh pensyarah, pembentangan tugasan oleh pelajar, pembentangan produk untuk tujuan perniagaan, pengajaran bilik darjah dan berbagai-bagai jenis lagi pembentangan.

Teknik-teknik asas Dalam PowerPoint
Antara teknik-teknik asas dalam perisian PowerPoint ialah memulakan perisian, memilih reka bentuk dan susun atur slaid, memasukkan elemen multimedia seperti teks, grafik dan bunyi serta membina animasi.

Memulakan Perisian PowerPoint
Sebelum membina slaid persembahan, pengguna perlulah membuka perisian PowerPoint terlebih dahulu. Berikut adalah langkah-langkah untuk memulakan perisian PowerPoint.
A. Memulakan Perisian PowerPoint
1. Klik ikon Start
2. Klik All PROGRAM
3. Klik Microsoft Office
4. Klik PowerPoint

B. Memilih Reka Bentuk Slaid
PowerPoint menyediakan beberapa reka bentuk latar belakang slaid. Pengguna boleh memilih sebarang reka bentuk yang diminati untuk persembahan.

1. Klik Design pada menu bar
2. Klik Slide Design yang menjadi pilihan

C. Memasukkan Teks (Tajuk Persembahan)
1. Klik pada perkataan Click To Add Title
2. Taipkan tajuk. Tukarkan saiz dan warna tulisan mengukut cita rasa pengguna
3. Klik kotak Click to Add Subtitle dan klik ikon Cut untuk memadamkan kotak tersebut

D. Menyimpan Fail Persembahan
1. Klik pada menu File
2. Pilih Save
3. Taipkan nama fail dan tekan Save

E. Membina Slaid Baru
1. Klik pada menu Home
2. Klik pada ikon New Slide
3. Pada ikon New Slide, beberapa pilihan susun atur slaid akan dipaparkan
4. Klik pada susun atur jenis Title and Content
5. Satu slaid baharu akan dipaparkan

Memasukkan Grafik
Grafik merupakan salah satu elemen multimedia. Dalam persembahan, grafik yang dimasukkan boleh diimport dari fail atau Clip Art

A. Kaedah Memasukkan Grafik
1. Klik menu Insert
2. Bawa kursor ke Picture dan klik From File
3. Pilih gambar sesuai dari Folder PowerPoint atau internet dan tekan Open
4. Pengguna juga boleh memilih gaya persembahan gambar pada picture style

B. Memasukkan Teks di bawah Grafik
1. Klik Insert
2. Klik Text Box
3. Bawakan kursor ke bawah gambar. Klik pada bahagian kanan tetikus dan heretkan sehingga membentuk satu kotak untuk menaip teks
4. Taipkan perkataan yang dikehendaki dan tekan Enter

Membina Animasi bagi Teks dan Grafik
Pengguna boleh membina animasi bagi teks dan grafik dalam slaid persembahan yang telah dibina. Pengguna perlu aktifkan slaid pertama untuk meneruskan proses ini.
1. Klik menu Animations
2. Hitamkan (highlight) teks
3. Klik Add Animation dan pilih bentuk animasi yang dikehendaki

Penerangan Rajah
Urutan Nombor Animasi
Menunjukkan urutan animasi yang akan dihasilkan semasa persembahan slaid
Butang Play
Melihat keadaan sebenar animasi (preview) apabila persembahan dilaksanakan

Memasukkan Elemen Bunyi ke dalam Persembahan
Salah satu elemen multimedia ialah bunyi. Microsoft PowerPoint menyediakan fungsi merakam suara atau bunyi untuk dimainkan semasa persembahan. Perisian ini juga akan memberi pilihan untuk mengimport sebarang bunyi seperti lagu ke dalam persembahan.

A. Kaedah Memasukkan Elemen BUnyi
Aktifkan slaid pertama
1. Klik menu Insert
2. Pilih ikon Sound pada bahagian media
3. Ada tiga pilihan iaitu ‘audio from file,’ clip art audio’, dan ‘record audio’.
4. Pilih audio from file dan pilih bunyi yang dikehendaki dan klik butang Insert

B. Mengedit Elemen Bunyi
1. Klik symbol mikrofon
2. Klik bahagian Audio tools dan pilih Playback
3. Pada bahagian Playback, terdapat pilihan untuk bunyi
4. Pada kotak start pilih automatically untuk bunyi dan bunyi akan dimainkan secara automatic
5. Klik kotak Loop until Stopped
6. Klik kotak Hide during Show

Mempersembahkan Slaid
Untuk pengguna melihat atau mempersembahkan hasil kerjanya:
1. Klik menu Slide Show
2. Klik From Beginning untuk melihat keseluruhan hasil

Mencipta Jadual dan Carta
Jadual berperanan memaparkan maklumat dengan lebih kemas dan berstruktur manakala carta menjadikan sesebuah persembahan maklumat itu lebih menarik.

Membina Jadual
Pengguna perlu menambah slaid baru dengan menggunakan susun atur Title and Content sekali lagi.
1. Klik perkataan Click To Add Title
2. Taipkan data statistik 
3. Dwi klik pada ikon Table dan masukkan bilangan lajur dan baris
4. Isikan data
5. Ubahsuai saiz dan kedudukan fon mengikut kesesuaian dan kreativiti serta tambahkan teks di bawah jadual berkenaan untuk menyatakan sumber data diperolehi

Membina Garis
Pengguna perlu menambah slaid baru dengan menggunakan susun atur Title and Content
1. Klik perkataan Click To Add Title
2. Taipkan data statistik
3. Dwi klik pada ikon Chart
4. Klik pada menu Chart
5. Klik pada jenis carta Line dan pilih Line with Marker
6. Klik butang OK
7. Isikan data ke dalam Datasheet yang disediakan

Mencipta Butang Navigasi
Tujuan butang navigasi digunakan adalah supaya aliran persembahan dapat dikawal oleh pengguna dengan hanya menekan butang yang disediakan tersebut. Mula-mula, pengguna perlu mengaktifkan slaid jadual dan carta.
1. Klik menu Insert
2. Klik Shapes
3. Cari menu Action Buttons dan pilih Action Button: Forward or Next
4. Klik pada mana-mana bahagian dalam slaid tersebut
5. Pada paparan Action Settings, pilih Hyperlink to: Next Slide
6. Klik OK

Membina Soalan
Dalam bahagian ini, pengguna akan menggunakan tiga slaid untuk membina satu soalan yang lengkap. Satu daripada tiga slaid berkenaan akan digunakan untuk memaparkan soalan dan dua slaid lagi akan digunakan untuk memaparkan jawapan betul dan jawapan salah.

1. Sediakan satu slaid untuk soalan dengan menggunakan susun atur Title and Content yang dipilih dari Slide Layout. Slaid ini akan dikenai sebagai slaid Soalan.

Untuk memaparkan pilihan Slide Layout berkenaan, pengguna boleh memilih untuk klik pada New Slide di dalam menu Home atau anda hanya perlu klik butang kanan tetikus pada tetingap kecil di sebelah kiri skrin dan pilih New Slide. Tetingkap kecil itu dinamakan Slides dan berfungsi untuk memudahkan pengguna menyusun atur keseluruhan slaid-slaid untuk fail persembahan berkenaan. Jika tetingkap Slides tidak dipaparkan ada skrin secara automatik, lakukan langkah-langkah berikut dan tetingkap Slides akan dipaparkan di sebelah kiri skrin:
i. Klik View pada menu utama
ii. Klik Normal pada Presentation Views
2. Sediakan satu slaid untuk jawapan yang salah menggunakan susun atur Title Only pula. Susun atur untuk slaid ini boleh ditukar-tukar pada bila-bila masa dengan hanya mengklik Layout dalam menu Home. Slaid kedua yang dibina ini akan dikenali sebagai slaid jawapan.

A. Memasukkan Teks Soalan
Perlu mengaktifkan slaid soalan 1 untuk memasukkan soalan
1. Klik Click To Add Tile
2. Taipkan “SOALAN 1”
3. Klik Click To Add Title
4. Taipkan soalan
5. Taipkan teks pilihan jawapan. (Contohnya: BETUL, SALAH)

B. Memasukkan Teks Jawapan yang Betul
Pengguna perlu mengaktifkan slaid Jawapan Betul.
1. Klik Click To Add Title
2. Taipkan Jawapan Anda Betul!
3. Buat sedikit ubah suai dengan mengklik kotak yang mengandungi perkataan berkenaan dan heretkan ke bahagian bawah skrin


C. Membina Pautan Hiper (Hyperlink) untuk Kembali Semula ke Slaid Soalan
Pengguna masih mengaktifkan slaid Jawapan Betul
1. Klik pada ikon Rectangle dan bina satu kotak menutupi keseluruhan skrin slaid ini.
2. Klik pada menu Insert
3. Klik Hyperlink
i. Klik ikon di sebelah kiri Place in This Document
ii. Klik pada slaid Soalan 1
iii. Klik OK
Pengguna telah berjaya membina satu kawasan pautan hiper yang aktif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bab 5: Keselamatan Digital

Bab 5: Keselamatan Digital Risiko Keselamatan Digital 1. Risiko keselamatan digital adalah sebarang kejadian atau tindakan yang bol...